Raub mula dilanda banjir, 22 mangsa pindah

Raub mula dilanda banjir, 22 mangsa pindah

ANGGOTA APM melakukan pemantauan di sekitar kawasan sungai di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Hujan lebat yang melanda daerah ini malam tadi menyebabkan Kampung Ulu Sungai, Batu Talam di sini menjadi lokasi pertama dilanda banjir membabitkan 22 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Raub, Samasuddin Kambade berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Balairaya Kampung Ulu Sungai di sini, bermula pukul 11.30 malam tadi

“Mangsa terdiri daripada lima lelaki dewasa, empat wanita, empat kanak-kanak lelaki, lapan warga emas dan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU).  

“Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat berterusan dan limpahan air Sungai Lipis di Batu Malim,” katanya di sini hari ini.

Menurut Samasuddin, pihaknya terus melakukan pemantauan di daerah ini dari semasa ke semasa 

Katanya pada masa ini air sungai menunjukkan trend penurunan tetapi keadaan di hulu sungai masih hujan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN