KUALA LUMPUR: Tindakan seorang Ahli Parlimen kerajaan mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang didakwa bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang menimbulkan persoalan lebih-lebih lagi ketika krisis yang sedang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) turut mengucapkan ‘takziah’ kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang didakwa akan dilucutkan daripada jawatan itu. “Saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Parlimen Putrajaya yang…










