GADANG Group menganjurkan program Shero di Sekolah (Hero Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar) bagi meningkatkan kesedaran awal murid terhadap kepentingan keselamatan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar di Sekolah Kebangsaan Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.
Program itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MiSHA) yang menekankan pendekatan pembelajaran interaktif bagi mendidik murid tentang tanggungjawab menjaga keselamatan diri, komuniti dan persekitaran.
Ia turut mendapat sokongan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Bentong, SWCorp Bentong serta Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.
Penyertaan aktif murid dalam program seumpana itu menunjukkan bahawa pendidikan dan kesedaran awal memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih selamat, sihat serta lestari. – UTUSAN










