PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mengesahkan tiada pertembungan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, 29 November ini. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun masih terdapat perbincangan dalaman bagi BN berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi, kedua-dua parti komponen Kerajaan Perpaduan itu tidak akan bertembung sesama sendiri. “Masih ada sedikit perbincangan dalam BN mengenai pembahagian kerusi, tetapi yang pasti tiada…










