KOTA KINABALU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog menyaksikan pertembungan dua sekutu parti kerajaan Perpaduan antara PH dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS). PH yang diwakili calon PKR, Remysta Taylor berdepan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Ir Joeynodd Aiiko Roland Bansin. Sebelum ini, PH dan GRS mencapai perjanjian bahawa tiada pertembungan antara kedua-dua parti itu, sebaliknya kali ini berlaku di Moyog. -UTUSAN









