TUARAN: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor tampil berbaju melayu berwarna ungu ketika hadir untuk penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Dewan Seri Sulaman, pagi ini. Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah merupakan calon terakhir yang tiba kira-kira 8.50 pagi, diiringi lautan penyokong berpakaian serba putih sambil melaungkan slogan ‘rumah kita, kita jaga’ yang menghangatkan lagi suasana pekarangan dewan. Kehadiran beliau dengan sokongan…










