Prestasi projek pembangunan kerajaan 2025 kurang memberangsangkan

Prestasi projek pembangunan kerajaan 2025 kurang memberangsangkan

ANWAR Ibrahim menyampaikan Anugerah Pembangunan Negara 2025 kepada Kementerian Pendidikan Tinggi pada Majlis Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengakui keseluruhan prestasi projek pembangunan pada tahun ini kurang memberangsangkan dan memerlukan lebih banyak penambahbaikan.

Menurutnya, daripada jumlah peruntukan (dipinda) sebanyak RM85.87 bilion melibatkan 9,524 projek, sebanyak RM64.03 bilion telah dibelanjakan dengan purata nasional sebanyak 74.56 peratus.

“Daripada jumlah ini, hanya 16 kementerian berjaya melepasi tahap purata nasional,” katanya ketika berucap pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di sini hari ini.

Justeru, katanya, beliau meminta agar setiap ketua setiausaha kementerian (KSU) mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) seperti yang dijadualkan dalam Arahan No.1 Tahun 2020.

Pada masa sama, beliau juga meminta agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat melihat dan mengkaji semula kaedah pelaksanaan projek fizikal ini agar dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.

Selain itu, Shamsul Azri berkata, kerajaan kini sedang melangkah ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” untuk tempoh 2026 hingga 2030.

“Justeru, saya menyeru seluruh penjawat awam agar membuat persediaan rapi mulai sekarang.

“Kita perlu menjadi lebih tangkas dan inovatif dalam menggembleng segala usaha bagi menjayakan lebih 120 strategi dan lebih 600 inisiatif yang telah digariskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN