Politeknik Nilai Negeri Sembilan memberi penekanan kepada penglibatan mahasiswa dalam biodang inovasi menerusi pembabitan pertandingan berkaitan bidang tersebut.
Ini dibuktikan dengan penyertaan tiga mahasiswa daripada Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai yang mempertaruhkan sepuluh inovasi dalam Festival Antarabangsa AgroFood dan Bioteknologi@Keperluan Pendidikan Khas 2025 (iFAMB@SEN2025) baru-baru ini.
Antara inovasi yang dibangunkan termasuklah tenaga alternatif berasaskan biogas pintar dan racun organik berteraskan ekstrak tanaman nightshades (Bioshade) yang dipertandingkan bersama 102 kumpulan daripada 18 institusi.
Pelajar terlibat, Arif Haikal Kamaruzaman, 23; Muhammad Saad Md Sah, 19; dan Aqil Rusyaidi Rahimi, 20; akan mewakili Politeknik Nilai dalam acara anjuran institusi itu dengan kerjasama Unit Agro & Bioindustri Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Menurut Aqil Rusyaidi, inovasi biogas pintar tersebut menggabungkan teknologi pemantauan Internet of Things (IoT) dengan proses penghasilan biogas daripada sisa makanan harian. – UTUSAN










