Polis Thailand buru suspek bunuh rakyat Malaysia di Sungai Golok

Polis Thailand buru suspek bunuh rakyat Malaysia di Sungai Golok

WAJAH suspek yang menembak mati seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Polis negara ini giat memburu suspek yang dipercayai menembak mati seorang lelaki rakyat Malaysia di Sungai Golok, petang semalam.

Jurucakap Polis Wilayah Narathiwat ketika dihubungi berkata, suspek dikenali sebagai Haris Samae, 31, melarikan diri menggunakan sebuah pikap selepas kejadian.

“Gambar suspek telah diperoleh. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga  mengesan pikap jenis Toyota Vigo dengan nombor pendaftaran Narathiwat, yang digunakan untuk melarikan diri. Gerakan memburu suspek masih diteruskan di sekitar wilayah ini. Kami menjangka suspek ditangkap tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, mangsa terkena lapan tembakan di badan menggunakan pistol 9 milimeter (mm) hasil bedah siasatan yang dilakukan ke atas jenazahnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, rakyat Malaysia yang parah selepas dipercayai ditembak sebanyak lapan kali dalam kejadian di Sungai Golok, Thailand, meninggal dunia malam tadi. Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, menghembuskan nafas terakhirnya semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Golok pada pukul 9 malam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN