Polis tahan lelaki liwat kanak-kanak dalam semak

Polis tahan lelaki liwat kanak-kanak dalam semak

YAHAYA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana disyaki meliwat seorang kanak-kanak dalam kawasan semak di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki terbabit ditahan di rumahnya kira-kira pukul 11.15 pagi semalam. 

“Kita masih menjalankan siasatan dan dalam proses merujuk mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mohd. Azahari Mukhtar dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundangan) Pahang Superintendan Maziah Hamzah, di sini hari ini.

Yahaya berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8 malam kelmarin, ketika kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu berada di kawasan kedai.

Katanya, ketika berada di deretan kedai, mangsa ditahan suspek sebelum dibawa ke kawasan semak dan dipercayai diliwat.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes serangan seksual dan narkotik.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek dibuat hari ini untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN