PETALING JAYA : Polis sudah mengambil keterangan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang terkait video tular berhubung dakwaan seorang pemain bola dari negara jiran menuduhnya meminta wang ketika pemeriksaan dijalankan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota berkenaan membuat laporan polis pada 7 November lalu susulan kejadian berkenaan. Menurutnya, bagaimanapun, individu yang didakwa membuat dakwaan seperti video tular berkenaan sudah pulang ke negara asal. …










