PETALING JAYA: Kerajaan akan terus merapatkan hubungan dengan rakyat Malaysia di luar negara dan memastikan mereka kekal terhubung dengan tanah air, dihargai serta diiktiraf sebagai sebahagian daripada nadi pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan bersama diaspora Malaysia di Johannesburg, Afrika Selatan meninggalkan kesan mendalam apabila semangat mereka terhadap tanah air tetap utuh walaupun berada jauh merentasi benua. “Pertemuan bersama diaspora Malaysia di Johannesburg tersangat istimewa. Meski…










