KUALA LUMPUR: Petronas merancang untuk mengaktifkan kesemua lapan lembangan petroleum menjelang 2035, seiring potensi Malaysia dalam meningkatkan pengeluaran petroleum dan membuka peluang besar bagi syarikat tempatan. Naib Presiden Kanan, Pengurusan Petroleum Malaysia, Petronas, Datuk Ir. Bachong Pilong, misi itu termasuk memastikan aktiviti berterusan dan menyediakan peluang pekerjaan di seluruh rantaian bekalan, dari seismik, eksplorasi, pembangunan hingga operasi. “Pada masa ini, hanya tiga lembangan aktif iaitu Lembangan Melayu (Semenanjung Malaysia), Lembangan…










