PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), melalui anak syarikat milik penuhnya, Petronas Suriname E&P B.V. (PSEPBV), menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi Blok 9 dan 10 yang terletak di kawasan luar pesisir cetek Suriname. Perjanjian itu ditandatangani bersama Staatsolie Maatschappij Suriname N.V. (Staatsolie), Paradise Oil Company N.V. (POC), serta rakan konsortium Chevron Suriname Exploration Limited (Chevron) dan QatarEnergy International E&P LLC (QatarEnergy). Naib Presiden Eksplorasi Petronas, Faisal Bakar berkata, syarikat…










