Lebam di tubuh badan, berat badan turun berterusan antara gejala dialami Najha Johari sebelum disahkan menghidap Leukimia Myeloid Kronik (CML) iaitu sejenis kanser darah yang bermula di sumsum tulang dan menjejaskan sel darah putih. Ibu dan juga eksekutif insurans ini berkata, perjalanan CML dialaminya bermula hampir 10 tahun lalu dengan simptom yang samar tetapi cukup membimbangkan. “Saya hilang 10 kilogram hanya dalam masa dua bulan dan merasa sangat letih. Malah…










