KUALA LUMPUR: Permohonan semakan oleh bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin atas keputusan mahkamah yang memberi kebenaran kepada parti itu untuk merayu berhubung ganti rugi kerana melanggar syarat bon akan didengar pada 11 Disember ini. Peguam Navpreet Singh yang mewakili PKR mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media selepas pengurusan kes. Menurut permohonan yang difailkan sekitar Oktober lalu, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia itu antara…









