Perjanjian ART: Kedaulatan negara kekal terpelihara

Perjanjian ART: Kedaulatan negara kekal terpelihara

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedaulatan negara kekal terpelihara sepenuhnya dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, dakwaan tiga ahli Parlimen sebelum ini bahawa fasal berkenaan memaksa Malaysia untuk memihak kepada kepentingan keselamatan negara dan ekonomi AS adalah tidak benar.

Malah katanya, dakwaan bahawa Fasal 5.1, 5.2, dan 5.3 dalam perjanjian itu telah menggadaikan hak kedaulatan negara tidak berasas.

“Dakwaan tersebut sebagai kebutaan yang disengajakan, berlebihan dan tidak perlu terhadap realiti sebenar perjanjian.”katanya hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen dalam perjanjian berkenaan mesti dilaksanakan dengan cara yang tidak melanggar kedaulatan negara.

Beliau berkata, fasal itu menyatakan bahawa sebarang pelaksanaan adalah mengikut undang-undang dan peraturan dalam negara.

“Fasal berkenaan juga hanya terpakai apabila wujud ‘kebimbangan bersama’ (shared concerns) mengenai ekonomi atau keselamatan negara. Ini secara jelas menafikan dakwaan bahawa Malaysia terikat secara berat sebelah kepada kepentingan AS,” katanya

Chin Tong turut meluahkan rasa kesal kerana Ahli Parlimen ‘backbenchers’ kerajaan itu telah memetik kenyataannya secara terpilih tanpa konteks penuh.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tindakan berniat jahat’ yang membuka ruang kepada tafsiran yang memesongkan substansi sebenar.

Chin Tong menjelaskan konteks sebenar adalah merujuk kepada era tarif Presiden Donald Trump, yang memaksa ‘semua’ negara pengeksport utama seperti China, Jepun, dan EU untuk berunding, bukan hanya Malaysia.

Menurut beliau, di sebalik keadaan global yang sukar itu, Malaysia berjaya memperoleh ‘perjanjian yang baik’.

Perjanjian ART itu berjaya mengurangkan beban tarif negara dari paras 24 hingga 25 peratus kepada 19 peratus, selain turut menambah baik akses pasaran.

“Semua kepastian dalam perdagangan dengan AS ini akan membantu memberikan kestabilan kepada ekonomi kita,” katanya.

Beliau menegaskan kestabilan ini amat penting ketika Malaysia terus membina semula dan mengukuhkan ekonominya, sekali gus melindungi pekerjaan dan pasaran eksport.

Berikutan penjelasan itu, Chin Tong menyifatkan cadangan Ahli Parlimen berkenaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau merundingkan semula ART adalah ‘tidak perlu’.

Beliau berkata gesaan itu berpunca daripada kekurangan pemahaman terhadap terma ART dan konteks perdagangan antarabangsa yang lebih luas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN