PETALING JAYA: Pelaksanaan subjek alam dan manusia dalam Kurikulum Persekolahan 2027 perlu disertai dengan latihan intensif guru dan penambahbaikan prasarana sekolah bagi memastikan keberkesanan pengajaran baharu itu. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, meskipun subjek itu pernah diperkenalkan 1982, pelaksanaannya menggunakan pendekatan dan kaedah penyampaian berbeza selaras dengan keperluan pendidikan semasa. “Tajuknya sama tetapi kandungan dan kaedah penyampaiannya mungkin jauh berbeza. Jadi, Kementerian Pendidikan perlu mempergiat…










