Pengacara ikut ‘kepala sendiri’ - Utusan Malaysia

Pengacara ikut ‘kepala sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aduhai, apa sudah jadi dengan seorang pengacara lama yang dulu cukup disegani ramai kerana kepetahannya di pentas?

Ada yang menyampaikan kepada Cik Bunga, pengacara itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan tetamu gara-gara sikapnya yang dikatakan off mood dan kurang profesional ketika mengendalikan sebuah acara hiburan.

Menurut sumber yang sempat hadir di acara itu, pengacara berkenaan kelihatan agak bitter sepanjang mengendalikan majlis.

Gayanya tidak seperti dulu, bukan sahaja kurang mesra, malah sesekali seolah-olah melepaskan sindiran halus terhadap tetamu dan barisan artis jemputan. Wah! Macam ada yang tidak kena!

“Bukan hendak kata, tapi aura dia sudah lain. Macam dia tak reti kendalikan majlis. Sudahlah majlis pun agak kelam kabut sebab ada masalah teknikal!” kata sumber Cik Bunga.

Katanya lagi, ramai yang perasan perubahan ketara pada cara pengacara tersebut berinteraksi dengan tetamu.

Disebabkan itu, ramai berpendapat figura berkenaan sudah tidak sesuai menjadi hos program hiburan era kini, yang lebih segar dan up-to-date. Ada yang menyindir, ‘Zaman dah berubah, tapi dia masih guna gaya era 90-an. Sungguh tidak menarik.’

Namun begitu, ada juga yang cuba bersangka baik, mungkin pengacara itu berdepan tekanan atau keletihan selepas lama menyepi dari dunia pengacaraan. Tapi, kata orang industri, jika sudah menerima tanggungjawab, seharusnya profesionalisme diutamakan.

Apa pun, Cik Bunga harap, si pengacara itu dapat muhasabah diri dan kembali dengan semangat baharu. Dunia hiburan ini luas, tapi kalau perangai ‘lama’ masih dibawa, memang susah nak diterima zaman TikTok ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN