GOMBAK: Penduduk di kampung Batu 11, Gombak merayu campur tangan segera kerajaan negeri dan pemimpin politik selepas hanya diberikan tempoh sebulan untuk mengosongkan kediaman masing-masing susulan notis kedua dikeluarkan Jabatan Perhutanan Selangor baru-baru ini. Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Rantau Utara Batu 11, Norfahizariha Darus, 37, berkata, mereka sebelum ini menerima notis pertama pada 15 Oktober tahun lalu melibatkan 24 buah rumah, namun tindakan perobohan ditangguhkan tanpa tarikh baharu. Bagaimanapun, pada 9…










