KUALA TERENGGANU: Jumlah penyertaan golongan bujang, duda, janda dan balu dalam Portal Jodoh Darul Iman hampir empat kali ganda melepasi sasaran awal seramai 500 orang sejak dilancarkan pada 6 Ogos lalu. Sehingga 16 September lepas, jumlah pendaftar keseluruhan adalah seramai 2,048 orang, berjaya mendaftar penuh (1,550 orang) orang dan dalam penilaian semula 498 orang. Status berminat atau perjumpaan kali pertama melibatkan pertemuan secara fizikal dan dalam talian pula melibatkan 70…











