PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penahanan selama 311 hari seorang bekas anggota Rejimen Renjer Diraja sementara menunggu prosiding mahkamah tentera adalah sah. Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera turut mendapati tempoh penahanan terhadap Muhammad Maliki Abdul Halim oleh pegawai pemerintahnya adalah berlandaskan undang-undang di…










