PETALING JAYA: Datuk Ewon Benedick menafikan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah bertujuan untuk menarik perhatian seperti didakwa oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu juga menafikan bahawa beliau tidak menghadiri mesyuarat khas Kabinet bagi membincangkan mengenai isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah. Menurut beliau, dirinya sentiasa menegaskan isu tuntutan tersebut di dalam pelbagai mesyuarat khas Kabinet diadakan termasuk mesyuarat…










