GOMBAK : Pelanggaran jentera kren pengangkat semasa kerja pemeriksaan ketebalan cat dipercayai menjadi punca insiden runtuhan struktur sementara ‘steel canopy’ di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 8, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) FT28 semalam. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, perkara berkenaan diperoleh hasil siasatan awal oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Menurutnya, malah kerja berisiko tinggi tersebut telah dijalankan tanpa kebenaran…










