Pelakon lama berharap dapat terus bekerja - Sofia Jane - Utusan Malaysia

Pelakon lama berharap dapat terus bekerja – Sofia Jane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sofia Jane, 53, berterima kasih kepada penulis skrip filem dan drama lebih-lebih lagi dalam kalangan golongan muda yang sentiasa mencipta watak untuk pelakon lama.

Kata Sofia, usaha itu sedikit sebanyak membuka banyak peluang kepada pelakon seusianya untuk terus bekerja.

“Dunia drama dan perfileman tempatan masih kekurangan penulis skrip seperti ini.

“Tetapi sudah wujud sekumpulan penulis muda yang tidak mengabaikan pelakon lama dengan mencipta watak untuk aktres yang berusia 50 tahun dan ke atas.

“Dan pada masa yang sama, mereka tidak mencipta watak yang stereotaip, tetapi karakter luar biasa dan mencabar bagi pelakon seangkatan dengan saya.

“Usaha mereka ini membolehkan pelakon lama terus bekerja sekaligus bakat mereka tidak disia-siakan,” katanya.

Pelakon filem Malam Terlarang itu dalam masa yang sama bersyukur kerana masih berpeluang untuk kekal relevan dan berbakti kepada dunia perfileman tempatan.

“Sebenarnya, pelakon lama macam saya sekadar berharap agar kami terus diberi peluang untuk bekerja dalam bidang yang kami cintai ini.

“Kalau masih berpeluang menang anugerah, itu memang menyeronokkan tetapi bukan keutamaan. Yang penting kami masih diberikan peluang untuk berlakon,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN