PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Mahkamah Kuala Lumpur esok. Pegawai berkenaan yang difahamkan antara kedudukan lima tertinggi dalam hierarki pengurusan DBKL bakal berdepan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM50,000 daripada seorang pemilik syarikat. Maklumat berhubung pertuduhan itu turut dimaklumkan menerusi akaun TikTok rasmi SPRM hari ini. Pada masa sama, jemputan media turut dikeluarkan bagi liputan prosiding pertuduhan…










