KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperketat saringan ke atas bekas polis dan tentera yang bakal dilantik sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Saringan termasuk semakan rekod disiplin, tahap integriti dan jaminan bebas penyalahgunaan dadah serta alkohol. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, langkah itu bagi memastikan hanya calon yang berwibawa dan berdisiplin tinggi serta bebas daripada sebarang isu penyalahgunaan bahan terlarang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan…










