KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mempertimbangkan pengambilan jururawat dari luar negara sekiranya terdapat permintaan rasmi bagi mengisi kekurangan tenaga kerja perubatan khususnya di hospital awam yang berdepan kekurangan ketara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM perlu meneliti beberapa syarat penting sebelum membuat keputusan termasuk aspek kemahiran klinikal, kecekapan, keselamatan serta kesesuaian budaya dan bahasa. “KKM tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan kemasukan jururawat dari luar negara. Namun,…







