KUALA LUMPUR: Penyedia platform ekonomi gig diwajibkan membuat potongan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pekerja secara automatik melalui sistem perantara digital selaras dengan peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, RUU itu mewajibkan penyedia platform menyerahkan maklumat pekerja kepada Perkeso dan melaksanakan integrasi potongan caruman secara automatik melalui sistem digital mereka. Katanya, ia bertujuan memastikan pekerja gig menikmati perlindungan sosial yang setara dengan pekerja sektor…










