KUALA LUMPUR: Perbezaan jumlah pampasan diputuskan mahkamah dalam kes kehilangan Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh adalah disebabkan oleh asas tuntutan undang-undang yang berlainan dikemukakan oleh kedua-dua keluarga. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keluarga Raymond Koh mengemukakan tuntutan berdasarkan asas kehilangan secara paksa atau forced disappearance seperti dinyatakan dalam dapatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). “Keluarga Amri tidak menggunakan asas tersebut dalam tuntutan awal…









