Pahang juara keseluruhan Malaysia Techlympics 2025

Pahang juara keseluruhan Malaysia Techlympics 2025

KONTINJEN Pahang juara keseluruhan program Malaysia Techlympics 2025 di Melaka baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kontinjen Negeri Pahang muncul Johan Keseluruhan Malaysia Techlympics 2025 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diakan di Melaka International Trade Centre (MITC) baru-baru ini.

Pahang meraih empat pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa hasil usaha 316 peserta, terdiri daripada 258 murid dan 58 guru pembimbing, sekali gus menobatkan negeri itu sebagai juara keseluruhan peringkat kebangsaan.

Program berkenaan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Ab. Rauf Yusoh, yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang.

Malaysia Techlympics merupakan inisiatif utama MOSTI untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) selaras Dasar STI Negara (DSTIN) 2021-2030.

Menurut Lih Kang, program bertujuan melahirkan bakat teknologi berdaya saing dan memastikan generasi muda bersedia menghadapi masa depan yang dipacu teknologi, termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran kali ini mencatat lebih 1.8 juta penyertaan, termasuk peserta antarabangsa dari Indonesia, Thailand, Kemboja, China dan Mongolia, menjadikannya jumlah tertinggi sejak program diperkenalkan.

Malaysia Techlympics 2025 turut mencipta dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu penyertaan terbesar dalam pertandingan STEM Belia dan bilangan dron terbanyak diterbangkan serentak di dalam bangunan.

Program tersebut menampilkan pelbagai cabaran sains dan teknologi seperti dron, robotik, pengaturcaraan dan AI, sejajar aspirasi Kerajaan MADANI untuk membina masyarakat berpengetahuan, inovatif dan berdaya saing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN