PETALING JAYA: Seramai 49 individu termasuk pegawai institusi perbankan akan didakwa secara berperingkat sepanjang bulan ini kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa buah firma guaman. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kesemua pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. “Mereka dipercayai menerima rasuah atau komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma-firma guaman terbabit untuk menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan oleh pelanggan yang memohon pembiayaan kewangan di…










