Namewee direman enam hari

Namewee direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi kontroversi Wee Meng Chee, yang lebih dikenali sebagai Namewee direman enam hari bagi membantu siasatan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yu-hsin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, reman ke atas individu terbabit bermula pada 5 November sehingga 10 November ini.

Sementara itu, peguam mewakili Namewee, Joshua Tay H’ng Foong mengesahkan anak guamnya direman selama enam hari.

“Saya sahkan dia direman selama enam hari, lain-laian perkara saya tidak boleh ulas,” katanya ringkas.

Media melaporkan siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun itu dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk kemungkinan menahan Namewee. 

Ia berikutan penyanyi itu individu terakhir yang dikatakan berada bersama mangsa. 

Pempengaruh itu ditemukan mati di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay di sini, pada 22 Oktober lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN