KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya, Datuk Mohd. Nazifuddin perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah melebihi RM1.7 bilion. Perkara itu selepas Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menolak rayuan mereka untuk menangguhkan pembayaran tersebut. Pesuruhjaya Kehakiman, Suhendran Sockanathan @ Saheran Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati rayuan tersebut tidak mempunyai sebarang merit. “Alasan (rayuan) kedua adalah terdapat rayuan yang belum selesai kepada Pesuruhjaya Khas Cukai…










