Murid kurang mampu SK Sendayan terima wang zakat

Murid kurang mampu SK Sendayan terima wang zakat

Roswati Yusof (berdiri tengah) barisan pentadbir bergambar bersama pengurus CO-OPBANK PERTAMA serta penerima sumbangan dalam satu majlis di Sendayan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai sembilan orang murid kurang berkemampuan daripada Sekolah Kebangsaan Sendayan, Negeri Sembilan menerima sumbangan wang agihan wakalah zakat daripada CO- OPBANK PERTAMA cawangan Seremban baru di Dewan Aula Lestari, sekolah berkenaan baru baru ini.

Menurut Guru Besar, Roswati Yusof, kesemua penerima terbabit telah diteliti permohonan mengikut piawaian ketat yang ditetapkan sebelum bantuan diberikan.

“ Sumbangan sejumlah RM 5,000 dibahagikan sama rata dan terus dimasukkan ke dalam akaun bank kesemua murid”, katanya.
Majlis penyerahan replika cek dan buku bank disempurnakan oleh Pengurus bank berkenaan, Syed Abdul Rahman Syed Ab. Bari.

“ Pihak sekolah menghargai dan berbesar hati melihat keberkesanan program ini selain mengharapkan kerjasama dan hubungan baik ini akan terus terjalin dan berpandangan pada masa hadapan“, ujarnya.

Turut hadir Penolong Pengurus Cawangan bank, Siti Zuriah Mohd Samani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN