Murid cemerlang tari antarabangsa

Murid cemerlang tari antarabangsa

Kumpulan Lentera Tari Budaya gabungan empat sekolah rendah dari daerah Muar dan Tangkak, Johor bergambar sebelum beraksi Karnival Tari Antarabangsa Yogyakarta Ke-2 2025 di Indsonesia baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Buat julung kalinya, kumpulan Lentera Tari Budaya daripada Johor yang menyertai Karnival Tari Antarabangsa Yogyakarta Ke-2 Tahun 2025 (2nd Yogyakarta International Dance Carnival 2025) di Yogyakarta, Indonesia mencapai kejayaan membanggakan apabila mendapat tempat ketiga dalam karnival itu, baru-baru ini.

Kumpulan Lentera Tari Budaya merupakan gabungan 21 orang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Zain, SK Parit Bulat, SK Sungai Abong, Muar dan SK Sengkang, Tangkak, Johor.

Penasihatnya, Rabu’ah Hasan berkata kumpulan Lentera Budaya SK Parit Zain telah ditawarkan menyertai karnival itu menerusi Colours Of Indonesia yang turut disertai lapan negara dan 33 provinsi di Indonesia.

Katanya, kami mempelawa rakan kesenian daripada SK Sengkang seramai enam orang bagi menyertai karnival itu bersama penari-penari SK Parit Zain (10 orang), SK Parit Bulat (lima orang) dan seorang daripada SK Sungai Abong.

”Kejayaan meraih Juara Harapan 3 dan Anugerah Busana Terbaik juga hasil dedikasi penari, bimbingan jurulatih, Mohamed Raffi Noor Mohamad serta sokongan padu pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Muar dan Tangkak serta Majlis Kebudayaan Daerah Muar dan Tangkak.

”Kami berbangga kerana dapat mengetengahkan seni tari Melayu ke peringkat antarabangsa sekali gus dapat memperkenalkan kesenian Melayu di mata dunia,” katanya yang juga Guru Besar SK Parit Zain, Muar.

Rabu’ah berkata penyertaan dalam program seumpama itu sama ada di dalam atau luar negara diharap terus diberikan sokongan demi kemenjadian murid dan melestarikan budaya bangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN