PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus memperkukuh langkah ke arah mencapai status Bandaraya Rendah Karbon menjelang 2030 dengan pelancaran Pelan Tindakan Bangunan Rendah Karbon Petaling Jaya 2025-2035. Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata, pelaksanaan pelan tersebut merupakan satu lagi langkah strategik MBPJ dalam mempertingkat kecekapan tenaga bangunan selain memperkukuh daya tahan bandar terhadap perubahan iklim yang semakin mencabar. Menurutnya, MBPJ juga menyokong aspirasi negara untuk mencapai…










