KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma di sini ditemukan dalam keadaan menyayat hati, kira-kira 65 kilometer (km) dari lokasi dilaporkan. Mayat K. Suresh, 37, ditemukan di kawasan perangkap sampah Kampung Sungai Kandis di Shah Alam, Selangor pada pukul 10.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pengecaman telah dilakukan oleh keluarga berdasarkan tatu di tangan…









