PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan RM2.5 bilion dagangan menerusi penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Shanghai. Pameran halal itu dijadual berlangsung pada 5 hingga 10 November ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC), Shanghai. Penyertaan Malaysia bersempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) itu bakal menampilkan 250 syarikat tempatan merangkumi sektor utama seperti makanan dan minuman, produk pertanian, barangan pengguna pantas (FMCG), peralatan perubatan, penjagaan kesihatan serta…










