Mangsa tembak, suspek bertengkar kerana hutang

Mangsa tembak, suspek bertengkar kerana hutang

UTUSAN MALAYSIA 4 November 2025
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Polis tidak menolak kemungkinan dendam dan hutang lama dipercayai menjadi motif seorang warganegara Malaysia ditembak sebanyak 18 das sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Sungai Golok, dekat sini, Sabtu lalu.

Jurucakap polis bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih dijalankan selepas suspek utama dalam kejadian itu berjaya diberkas kelmarin.

“Kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut siasatan. Siapa yang hutang siapa masih dalam siasatan. Tetapi kes ini ada kaitan dengan hutang.

“Suspek ditahan reman 80 hari untuk membantu siasatan. Dia kini masih ditahan di Balai Polis Sungai Golok sebelum dihantar ke Penjara Pusat Narathiwat untuk tahanan reman,” katanya.

Menurut sumber, beberapa saksi kejadian telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian tersebut.

Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan terdapat dua suspek dalam kes itu, jurucakap polis berkata, perkara itu masih disiasat.

“Setakat ini hanya suspek yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan dua pucuk pistol yang telah dirampas,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penjaga gol pasukan bola sepak Kelantan FA pada 2019 yang merupakan suspek utama kejadian melepaskan tembakan ke arah seorang rakyat Malaysia sehingga maut di Sungai Golok, memiliki dua kerakyatan.

Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Charoen Khet, Mukim Sungai Golok pada pukul 6 petang kelmarin.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas dua pucuk pistol separa automatik yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Sebelum itu, seorang rakyat Malaysia, Mohd. Fuad Fahmie Ghazalie, 33, meninggal dunia selepas ditembak di halaman rumahnya di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand, Sabtu lalu.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sungai Golok selepas ditembak bertalu-talu dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN