Mangsa banjir Terengganu lepasi 10,000 orang

Mangsa banjir Terengganu lepasi 10,000 orang

KEADAAN banjir di beberapa kawasan penempatan penduduk y di Kampung Tok Dir, Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri ni melepasi 10,000 orang pagi ini iaitu pertambahan lebih 3,000 orang berbanding 7,000 orang, petang semalam.

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, sehingga pukul 8 pagi ini, sebanyak 127 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di semua lapan daerah yang menempatkan 10,425 mangsa melibatkan 3,198 keluarga.

Maklumat itu turut merekodkan lebih 2,000 orang terjejas di dua daerah iaitu Kemaman seramai 2,500 mangsa melibatkan 665 keluarga yang berlindung di 27 PPS dan Marang sebanyak 2,006 orang daripada 562 keluarga dipindahkan di 16 PPS.

Kuala Terengganu pula merekodkan 1,657 mangsa banjir daripada 608 keluarga diikuti Kuala Nerus (1,606 mangsa, 504 keluarga), Setiu (1,271 mangsa, 448 keluarga), Dungun (713 mangsa, 167 keluarga), Hulu Terengganu (614 mangsa, 223 keluarga) dan Besut sebanyak 58 mangsa melibatkan 22 keluarga. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN