SEREMBAN: Lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Negeri Sembilan susulan banjir yang melanda hari ini. PPS berkenaan ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah Lama, Lukut dan Balai Raya Kampung Permatang Pasir, Linggi di Port Dickson, SK Jijan di Seremban dan Balai Raya Sungai Timun di Rembau serta Balai Raya Taman Fatimah Permai, Kuala Pilah. Kelima-lima PPS berkenaan kini menempatkan seramai 184 orang mangsa terjejas dari 47 keluarga…







