KUALA LUMPUR: Malaysia akan memfokuskan peningkatan hasil minyak sawit menerusi pengeluaran lestari daripada tanah sedia ada dan tidak akan mengganggu tindakan penguatkuasaan Indonesia terhadap pencerobohan tanah di negara itu. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia menghormati kedaulatan Indonesia dan tidak akan mencampuri urusan rampasan tanah yang diklasifikasikan sebagai hutan simpan, yang telah menjejaskan beberapa syarikat perladangan berkaitan Malaysia. “Ini adalah bidang kuasa di Indonesia. Pada…










