Malaysia desak henti segera keganasan di Sudan

Malaysia desak henti segera keganasan di Sudan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menggesa semua pihak yang bertelagah di Sudan menghentikan serta-merta segala bentuk keganasan dan memastikan perlindungan penuh terhadap orang awam selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kini adalah menghentikan pertumpahan darah dan memastikan keselamatan rakyat yang tidak bersalah di El Fasher serta seluruh wilayah Darfur.

“Malaysia menyeru agar semua bentuk keganasan dihentikan serta-merta dan perlindungan terhadap orang awam diberikan sepenuhnya mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Anwar turut menzahirkan kebimbangan terhadap tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku, yang disifatkannya sebagai bencana besar melibatkan pembunuhan beramai-ramai.

Perdana Menteri turut mengecam laporan mengenai kekejaman yang mungkin menjurus kepada jenayah terhadap kemanusiaan atau genosid, sambil menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak boleh diterima dalam apa juga keadaan.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Sudan dan menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera serta tegas bagi mengelak penderitaan lanjut, memulihkan akses kemanusiaan dan menyokong proses yang kredibel ke arah keamanan serta akauntabiliti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN