Lelaki warga Nepal maut akibat dihempap pintu pagar

Lelaki warga Nepal maut akibat dihempap pintu pagar

SEORANG anggota bomba memeriksa keadaan lelaki warga Nepal yang maut dipercayai akibat dihempap pintu pagar di Kawasan Perindustrian Valdor, Sungai Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Seorang lelaki warga Nepal maut dipercayai akibat dihempap pintu pagar ketika hendak membuka sendiri pintu pagar berkenaan dalam satu kejadian di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Valdor, Sungai Jawi di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, ketika kejadian, pengawal keselamatan yang bertugas di premis itu dikatakan sedang membuat rondaan di lokasi lain sekitar kawasan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.43 pagi dan mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan mengalihkan pintu pagar tersebut.

“Mangsa yang berusia 37 tahun itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan) yang berada di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN