TEMERLOH: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 147, Jalan Kuala Lumpur–Kuantan berhampiran Kampung Desa Bakti, Mentakab, di sini petang ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa yang berusia 79 tahun dan merupakan penumpang kereta Perodua Myvi maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk hadapan. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nasyim Bahron berkata, siasatan…










