GEORGE TOWN : Lebih ramai pesuruhjaya kehakiman akan dilantik bagi membantu mengurangkan beban tunggakan kes mahkamah yang semakin tinggi di seluruh negara pada masa ini. Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, meskipun langkah itu dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek, namun, inisiatif berkenaan tetap dilihat mampu memberi kelegaan kepada warga mahkamah terutamanya hakim. Beliau mengakui, melantik pesuruhjaya kehakiman tidak ubah seperti usaha untuk memadam kebakaran…










