Laungan 'Hidup Tan Sri' sambut ketibaan Muhyiddin - Utusan Malaysia

Laungan ‘Hidup Tan Sri’ sambut ketibaan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat tergempar malam ini di ibu pejabat parti bagi membincangkan isu kepemimpinan yang didakwa mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin tiba sekitar pukul 8.30 malam diikuti oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira 10 minit kemudian.

Ketibaan Muhyiddin disambut oleh lebih 100 penyokong dari beberapa bahagian yang berkumpul di pekarangan bangunan dengan laungan ‘Hidup Tan Sri’, ‘Hidup Presiden’ dan ‘Hidup Abah’.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati suasana terkawal.

Difahamkan, mesyuarat malam ini membincangkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan segelintir pemimpin parti terhadap gaya kepemimpinan Muhyiddin.

Keadaan ini menjadi panas apabila  16 daripada 25 ahli Parlimen Bersatu dilaporkan menandatangani surat menyatakan ketidakpuasan hati dan kebimbangan terhadap kepemimpinan Muhyiddin sebagai Presiden.

Langkah itu dipercayai menjadi punca utama mesyuarat tergempar malam ini diadakan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan kepemimpinan parti serta hala tuju Bersatu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, beberapa pihak dalam parti dikatakan mendesak beliau melepaskan jawatan Presiden dan memberi laluan kepada kepimpinan baharu bagi memperkukuh semula parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN