KUALA LUMPUR: Proses lantikan dan kenaikan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bebas daripada sebarang unsur diskriminasi kaum. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan tidak menetapkan sebarang kuota khusus bagi bumiputera atau bukan bumiputera. Beliau berkata, pengambilan dibuat berdasarkan merit, kelayakan akademik, kecergasan fizikal dan lulus proses tapisan keselamatan. Katanya, PDRM turut melaksanakan beberapa inisiatif berkaitan termasuk memberi kelonggaran terhadap syarat-syarat lantikan dalam proses…










