Laksa Lobster Sarawak Dapur Lanchot tarik pengunjung

Laksa Lobster Sarawak Dapur Lanchot tarik pengunjung luar negara

Mazalan Mahmud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuching, Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan kepelbagaian makanannya. Jadi, tidak hairanlah jika bandar itu disenaraikan dalam Rangkaian Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi.

Malah laksa Sarawak juga berjaya memperoleh kedudukan teratas dalam penilaian terhadap makanan Asia, berdasarkan kajian maklum balas dalam kalangan orang ramai.

 

 

Bahan-bahan utama untuk membuat laksa Sarawak adalah bihun, pes laksa Sarawak, isi ayam, udang, santan dan air.

Melengkapkan hidangan, tauge, telur dadar yang dihiris, daun sup, limau kasturi dan sambal belacan turut dihidangkan di dalam semangkuk laksa.

Di Dapur Lanchot, Kampung Bako, Sarawak, laksa Sarawak bertambah enak apabila digabungkan dengan hasil makanan laut seperti ketam, udang atau Lobster yang segar dari lautan sepanjang pantai mahupun sungai di bumi Kenyalang itu.

Sekiranya anda ingin menikmati laksa Sarawak dengan hasil lautan seperti lobster pada harga berpatutan, kunjungi Dapur Lanchot yang terletak berhampiran Jeti Taman Negara Bako dan berhadapan pasar Bako.

Jika dari bandar Kuching, anda hanya perlu memandu selama setengah jam saja untuk sampai ke Bako dan Dapur Lanchot.

Pemiliknya, Mazalan Mahmud berkata, Dapur Lanchot mula beroperasi pada awal 2019 dengan menawarkan Laksa Sarawak udang, Ambal, Lokan dan Sotong.

Dapur Lanchot
Lokasi: Perkampungan Nelayan Bako, Sarawak
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 5 petang hingga 10 malam manakala Sabtu dan Ahad bermula 10 pagi hingga 10 malam.
Menu popular: Laksa Lobster, lobster tiga rasa

 

Laksa Lobster pula dijual pada awal tahun 2024 sehingga sekarang. Kedai makan itu diusahakan bersama isterinya, Kamila Anuar.

“Kele­bihan Laksa Lobster Dapur Lanchot, meng­gunakan lobster yang segar dari nelayan Kampung Bako di samping kuah laksa itu sendiri yang membuatkan Laksa Lobster Dapur Lanchot di terima pengunjungnya kerana menawarkan cita rasa tersendiri.

“Pes laksa berjenama cap burung bayan di campur dengan bahan-bahan adunan rahsia kami yang lain, membuatkan rasa laksa di sini lain daripada yang lain.

“Harganya juga adalah mampu milik iaitu bermula serendah RM15 sehingga RM 65 semangkuk mengikut saiz,” katanya.

Katanya lagi, kebiasaannya laksa lobster itu boleh terjual sekitar 10 hingga 20 mangkuk bergantung kepada jumlah hasil tangkapan nelayan.

Pada masa kini, tidak ramai nelayan yang menangkap lobster dan lobster pula hanya ada pada musim-musim tertentu.

Katanya, pengunjung yang membeli hasil laut segar seperti ikan, udang dan sebagainya di pasar berhampiran di kampung itu boleh meminta

Dapur Lanchot memasak masakan yang diinginkan. Upah bergantung kepada jenis masakan.

Keenakan hidangan disediakan di Dapur Lanchot bukan saia terkenal dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga pelancong tempatan dan antarabangsa. Mereka menggemari masakan hasil laut terutama Lobster.

Selain laksa lobster, pengunjung juga boleh menikmati menu baharu berasaskan lobster yang diperkenalkan iaitu Lobster Stim Butter, Lobster tiga Rasa, Lobster Stim dan Lobster Masak Sos.

Selain itu Dapur Lanchot turut menawarkan menu berasaskan hasil laut seperti Siakap Tiga Rasa, Ambal (siput buluh) Cili Kering, Midin

Belacan dan masakan lauk kampung kegemaran ramai seperti Asam Pedas,Kari dan sebagainya.

Selain Kampung Bako, anda juga boleh berkunjung ke cawangannya iaitu Laksa Wafiy by Dapur Lanchot di Uptown Metro city Matang yang diurus oleh anaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×